breathing again!
its such a pleasure to have you commented♥ • 0 comments
assalamualaikum w.b.t
selepas berkurun lama nya diriku berdiam diri, hari ini seorang hanana akan mula menulis semula dengan nafas baru. haaaaaaaah! segar tak bau? :D
mulai dari hari jam minit saat detik ini, seorang hanana lahir ke dalam dunia nya yang tersendiri. tak perlu berkenalan panjang sebab orang yang menulis masih sama. hahaha. cuma sekarang mungkin sedikit berbeza memandangkan seorang hanana sudah semakin fasih dalam berbahasa melayu ( macam sebelum ni duduk luaq negara kan ) dan sedikit matang ( MUNGKINLAH )...
untuk permulaan nafas baru ni, biar seorang hanana bercerita serba sedikit tentang apa yang berlaku sepanjang ketiadaannya.
seorang hanana telah pun menamatkan pelajarannya di uitm machangster yang dulu nya ditangisi setiap kali menjejakkan kaki disana kerana seorang hanana belum pernah berpisah dengan keluarga nya sejauh itu. dan kini seorang hanana menjadi penuntut di uitm palam pula yang mana seorang hanana masih keliru sama adda ingin meneruskan perjalanannya atau pun berhenti di takat ini sahaja kerana terlalu banyak dugaan yang harus ditempuhinya seorang diri. almakum lah, tiga tahun duduk machangster, tak pernah nak berdikari. semua kawan yang teman. sekarang ni memang masih ada kawan tapi belum ada yang boleh dibuat teman. tambahan pula seorang hanana masih lagi merindui sahabat handainya yang sudah pun berjauhan walaupun ada lagi dua orang yang akan bersama dengan nya pada semester akan datang. akan tetapi, seorang hanana tetap terpaksa berjauhan dengan sahabat handainya kerana keadaan tidak mengizinkan. sungguh malang seorang hanana bagi memulakan semester barunya. maka dengan itu, seorang hanana kini berada di dalam dillemma.
persoalannya adalah, patutkan seorang hanana meneruskan langkahnya atau pun berhenti setakat ini sahaja?
sila kongsikan pendapat anda diruang yang tersedia.
pendapat dan cadangan serta nasihat2 kalian amat dihargai.
terima kasih daun keladi.
wassalam
adios
(5:31 AM) WED
xoxo, aku gadis BIASA
